Hadapan
  • Register

YAYASAN PINTAR - Satu Pengenalan

Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) telah ditubuhkan pada 18hb Oktober 2006 sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebagai sebuah badan yang bukan berteraskan keuntungan, Yayasan PINTAR telah mengambil alih UNITAR dan ITTAR daripada KUB pada 1hb Mac 2007 dengan tujuan untuk merekayasa Universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai "nice positioning" berbanding universiti dan institusi pengajian tinggi lain di negara ini seperti yang dipersetujui oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 25hb Ogos 2007.

Beriltizam menjadi sebuah pusat kecemerlangan pembangunan modal insan selaras dengan gaya dan ciri-ciri kepimpinan terkemuka seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, ia dinaungi oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR.

Objektif Yayasan PINTAR

Objektif

  • Menggalakkan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan pengajian sepanjang hayat demi mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran modal insan masa kini.

  • Menggalak aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan tren global serta menyebar maklumat tersebut demi kepentingan masyarakat dan negara.

  • Menyokong peranan Universiti Tun Razak (UNITAR) untuk melahirkan modal insan berkualiti.

Falsafah Yayasan PINTAR

Falsafah

Mendukung perjuangan dalam bidang pendidikan

Pemantauan Aktiviti Yayasan PINTAR

Ahli Lembaga Pemegang Amanah memandu arah dalam memberi ulasan serta mengkaji semula aktiviti-aktiviti dan kemajuan Yayasan PINTAR secara berkala demi mencapai objektifnya.

Bagaimanakah Yayasan PINTAR menepati dan mencapai objektifnya?

Untuk mencapai semua objektif, Yayasan PINTAR telah menggariskan beberapa inisiatif yang antaranya:- "Menawarkan Geran Penyelidikan kepada para penyelidik"

"Menganugerahkan skim pembiayaan pengajian kepada para pelajar luar bandarkurang berkemampuan dari segi kewangan keluarga melalui Program Anugerah Kecemerlangan Akademik"

"Manganjurkan seminar profesional dengan menjemput penceramah luar yang terkenal didalam memberi latihan kepada para professional"


Alamat:
Level 8.01, Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Tun Abdul Razak, 55100 Kuala Lumpur
No Telefon dan Fax:
Tel: +603-21620 2525 / 2163 8778/5222
Fax: +603 2162 9411

Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah - YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Bendahari Agung - YBhg. Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) - YBhg. Datuk Prof. Dr. Md Zabid Hj Abdul Rashid